jom kite renung2kan..cik amy share bnd ni dr 1 blog ni...cm menarik tuk disharekan ngan all seafarers partner.....tq en blogger for this info...
Cinta
itu sukar untuk ditafsirkan bagaimana ia bermula dan kenapa si dia itu
berjaya mencuri hati kita. Persoalan mengenai jarak dalam percintaan
kadang-kadang menjadi sesuatu yang serius bila difikirkan. Bercinta
jarak jauh wujud sama ada diawal perhubungan jarak sudah menjadi
perantara ataupun berjauhan secara tiba-tiba.Ramai yang mentafsirkan percintaan jarak jauh
besar dugaannya. Tiada bersua, perhubungan terbatas serta sibuk dengan
urusan harian yang sedikit sebanyak menjarakkan perhubungan. Lalu
bagaimana mahu mengekalkan perhubungan dalam percintaan jarak jauh? Apa elemen penting bila bercinta jarak jauh?
1. Saling Percaya Satu Sama Lain
2.Komunikasi Berkesan dan Berterus Terang
Ya! Sikap percaya
antara kamu dan dia. Kalau tiada kepercayaan apa guna hubungan itu
dijalinkan?
Besar peranan sikap saling mempercayai
ini. Masing-masing perlulah saling mengingati tujuan hubungan itu
dijalinkan dan atas dasar apa dan kemana hala tujunya
iaitu hidup bersama hingga ke akhirnya. Percaya juga bahawa si dia akan
tetap menanti kamu walaupun terpaksa berjauhan untuk seketika dan dia
tetap setia bersama kamu. Bukan seorang tetapi kedua-duanya perlu
berfikir begitu.
Jangan cuba mengkhianati kepercayaan
itu. Jangan cuba mencari kasih yang lain dengan alasan si dia berjauhan
dengan kamu! Jika kita mengkhianati orang, tak mustahil suatu hari nanti
diri kita juga dikhianati. Bijaklah mengatur langkah bila bercinta jarak jauh.
Gabungan elemen penting yang perlu ada dalam percintaan jarak jauh
iaitu komunikasi berkesan, sokongan rakan dan saling mempercayai
perlulah diadun dengan sebati agar dugaan berjauhan itu dapat
dikurangkan dan hubungan itu dapat diharmonikan.
2.Komunikasi Berkesan dan Berterus Terang
Tidak boleh tidak jarak yang memisahkan
pasangan itu akan membuatkan komunikasi antara dua sedikit terganggu.
Sedikit saja,tak banyak kalau bijak diuruskan demi menjaga perhubungan.
Bercinta jarak jauh memerlukan pasangan itu lebih komunikasi diantara
mereka. Komunikasi yang bagaimana? Cara berhubung? Itu tak menjadi
masalah dengan teknologi yang ada sekarang ini sejauh mana jaraknya pun
tetap mudah untuk diakses tetapi kualiti dalam komunikasi.
2. Bijak Memilih Rakan Untuk Berkongsi Hal Cinta
Bila berjauhan pasti rasa tidak senang
didalam hati itu ada. Risau, cemburu wujud bila si dia tiada dekat
dengan kita. Bila dekat pun boleh cemburu apatah lagi bila berjauhan?
Bagi yang tidak pernah atau pertama kali melalui percintaan jarak jauh
sudah tentu ada rakan yang menjadi tempat luahan hati memikirkan
perhubungan itu. Seperti yang dinyatakan, dugaan jarak jauh pasti
menimbulkan sedikit prasangka. Bimbang si dia tidak jujur dalam
perhubungan kamu.
Kadang-kala ada rakan yang iri hati
dengan hubungan yang kamu bina bila lihat jarak kamu berdua jauh
terpisah tetapi tetap teguh bertahan. Dan ada juga rakan yang sentiasa memberi sokongan kerana sedar dan
faham dugaan berjauhan itu besar. Rakan yang baik dan memahami akan
sentiasa menyokong kita bila susah dan senang.
this the only person that i can share anything....
conclusion nya takkan berjaya percintaan jika tiada sokongan antara satu sama lain. Mungkin 3 elemen ini seperti tajuknya untuk percintaan jarak jauh tetapi sedar atau tidak jika bercinta dalam jarak yang dekat pun 3 perkara ini mesti ada dalam perhubungan. Hargai cinta yang wujud itu dengan seikhlasnya, kekalkan ia walau apa dugaan yang menimpa sampai bila-bila..



No comments:
Post a Comment